My Schedule

Cinta Pastry Fan Page

Sunday, 24 June 2012

Pavlova...So Sweet

Sambungan dari entry Choux Pastry - Creampuff with custard filling... :)
---------------
Ini pun rupanya mini pavlova. Kebetulan masa buat ni, kakak n abg sepupu mai umah, dapatla depa merasa.. Alhamdulillah, sedap katanya...Eh2, kak shida yang dapat free gift pun kata sedap tau.. siap tanya harga pavlova lagi berapa, nak order next time.. hehehee.. Kiranya 1st trial saya untuk pavvy ni jadikla,kan? Alhamdulillah...actually, saya pun suka.. cuma menda ni manis giler... agak bahaya bg mereka2 yang ada penyakit yang berkaitan dengan manis2 ni... (paham2 sudah) :P

Meh saya sharekan gambar2 nya.. selamat menjamu mata, tau. :P.. nak order, boleh saja ke fb saya, http://facebook.com/cintapastry2012,"like" dulu jgn lupa, lepas tu inbox :)

..





Choux Pastry - CreamPuff with Custard Filling

My first trial eva!!
----------
Story nya... bermula dengan saja suka2 nak try resepi ni.. saya pun search2 tenet, jumpa banyak sgt resepi kat luar sana tu..so, saya mix n match, mana satu yang saya rasa berkenan kat hati.. heheee <--- story macam la pakar sangat ubah2 resepi nih.. :P

Sebenarnya, walaupun jadual saya padat di office, datang office lewat pada orang, balik pun lagi lambat dari staff2 yang lain, tapi bila ada masa terluang, saya sangat suka untuk mencuba resepi2 baru. Saya ni orangnya xkretif langsung, xpandai memasak, tangan kejung, kata org tua2.. tapi bab2 baking ni, saya minat nak belajar...xtau la kenapa..pelik, kan? Tapi ada satu jer masalah besar bila nak try resepi ni.. saya xkesah sangat tentang pelaburan utk try resepi, cuma rasa sedih bila dah penat2 siapkan, xde sapa pulak nak tolong habiskan.. hehehee...sbb saya ni dari keluarga yang kecik, so si pemakan pun xramai mana. lama2 makan menda manis2 ni kan muak.. 

So, datang la idea yang mana, sebab nak tarik user untuk "like" fanpage saya, http://facebook.com/cintapastry2012 so saya create la status untuk bagi hadiah worth RM30 berupa creampuff + mini pavlova, dengan syarat, depa mesti invite  kawan2 utk like page saya, minima seorang kawan jer pun <--- pavlova, saya akan story pada next entry pulak, saja nak bagi banyak page.. hehhee. Tapi, alahai.. sambutan sangat2 suram, boleh di katakan, free gift saya xlaku la.. huhuhuuu.. hanya 3 orang je yang nak freegift ni... sob...sob....

ok, dah malas nak berleter, saya share gambar creampuff saya.. ohhhhh.. tapinya... keras ler.... camana nak lembutkan puff tu.. saya buat jadi keras.. help! help! Mungkin next trial boleh jadi lembut kot... <--- ayat menyedapkan hati sendiri...:P Jom tengok








Thanx pada kak shida, encik izham n encik khairul yer. sbb sudi terima gift ni. Maybe next time saya buat lagi freegift ni, tapi freegift lain pulak.. hehehee... TUNGGUUUUU.... :)

Monday, 11 June 2012

Promosi Bulan May & June

!Stick-On-Me Note!
Happy Parent's Month  + Happy Teacher's Day (May & June)
-------------------------------------------------------------

Macam biasa, ada hari bersejarah, adalah promosinya, kan? :)
So untuk entry kali ni, saya ada macam-macam promosi. Boleh view dekat bawah ni yer...
Di kesempatan ini juga, saya ucapkan selamat hari ibu, selamat hari bapa dan selamat hari guru buat semua insan2 yang bergelar ibu, bapa dan guru (semua skali lahhh, kan) termasuk kedua ibu bapa saya, ibu : Puan Noraidah Binti Nordin dan abah : Encik Muhamad Noor Bin Haji Shamsuddin xlupa juga buat guru2 SKBS, SMKAA, SMTG juga lecturer2 KPMIM. :) Ohh panjang nyer intro.. sekarang terus ke promosi nye :

Valid booking : until 30th June 2012. so booking la awal2 ye.. :)

1. Red Velvet Cuppies with cream cheese topping/buttercream topping - 25pcs
Promo Price = RM80 ONLY
Normal Price = RM95

2. Chocolate Moist - 25pcs
Promo Price = RM60 ONLY
Normal Price = RM72

3. Buttercream Cuppies  - 25pcs
Promo Price = RM40 ONLY
Normal Price =  RM49

4. Chocolate Bar
Promo Price : RM 1.20/pcs ONLY
Normal Price : RM 1.50/pcs 

5. Fancy Cookies
Promo Price : RM 1.20/pcs ONLY
Normal Price : RM 1.50/pcs

6. Red Velvet Cake 8" with cream cheese topping/buttercream topping
Promo Price : RM 80 ONLY
Normal Price : RM 100

7. Carrot Moist Cake 8" with buttercream topping
Promo Price : RM 80 ONLY
Normal Price : RM 100

8. Plain  Cheesecake 8" with cream cheese topping/buttercream topping
Promo Price : RM 70 only
Normal Price : RM 75

9. Apam Comel + Packing + Label Name
2 pcs/pack = Promo Price : RM 1.20 only
2pcs/pack = Normal Price : RM 1.50


Untuk order : http://facebook.com/cintapastry2012 atau sms saya : 013-9161884
-----------------------------------











Choc Moist 16 M Cup

Entri kali ni untuk choc moist. Tempahan dari Abg Zam dari Ampang. Abg Zam ni fren2 adik saya and peminat fanatik choc moist. Takot jugak masa terima tempahan dari dia. Sbb dia dah biasa dengan choc moist ni..Tapi Alhamdulillah, feedback dapat, memuaskan.

So saya share skit gambar2 nya yer.. Saya terlebih rajin, so saya snap dari mula2 kek tu dah masak, sbb terlupa nak snap masa sebelum masak.. hehehee.. Selamat membelek2 gambar yang sudah tersedia xboleh di belek ni.. hehe..











Thanx Abg Zam.

Wednesday, 6 June 2012

Free Giveaway :)

Assalamualaikum...
Special untuk rakan2 FB area Ampang or kawasan yang sama waktu dengannya:
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Invite kawan2 anda untuk like my page : http://facebook.com/cintapastry2012 dan jadi follower my blog : http://cintapastry.blogspot.com untuk received FREE 1 BOX berisi mini creampuff + mini pavlova, price worth RM30 pada bulan Jun ini.
Instruction :  

1. Hanya like/invite kawan2 untuk like my fb page atau jadi follower my blog
2. Inbox saya dengan details link follower blog atau acc fb yang like my page dan jangan lupa detail anda sekali :)
3. Satu ACC FB (yang invite kawan2/diri sendiri) hanya layak untuk satu FREE BOX sahaja. :)Hanya sah untuk pickup sahaja pada 15th June 2012, area Ampang (dekat rumah saya je tau).
Tawaran ini hanya sah sehingga 12malam 8/6/2012 (Jumaat).
FREE ni tau, saya xtipu. :)