My Schedule

Cinta Pastry Fan Page

Sunday, 8 July 2012

Tempahan 25pcs Buttercream Cuppies + 50pcs Apam Comel

Assalamualaikum...

Kali ini nak share tentang tempahan BC + Apam Comel. Akak Zahiza ni (mula2 mmg saya xtau customer saya ni seorang yang lebih senior sbb sangat senang bg kerjasama) dia sporting tau. Dia order xperlu nak theme2 apa2...dia order, lepas tu dah berkenan, terus bank in. Lepas tu, sporting gila.. xde masalah nak dealing ngan akak ni.. orangnye kecik comel, baik sangat. Thanx akak Zahiza. sudi order ngan saya :)  Saya hantarkan ke Wangsa Maju. Seminggu sebelum dah sebok2 duk belajar macamana nak pergi ke Wangsa Maju seksyen 2 dari Ampang. hehehee.. mujur masa hantar tu, smooth giler n xsesat.. Ehh dah panjang sangat bebel, saya share gambar yer.. 

Berminat nak order, boleh inbox fb cintapastry, ok. Thanx










Tempahan Red Velvet 8" with Cream Cheese Topping

Assalamualaikum...

Entry kali ni untuk kek yang merah menyala, Red Velvet. Sejujurnya, saya sangat suka kek ni.. sedap..sangat chocolaty and rasa dia mix.. lagi2 bila makan dengan strawberry. Kek ni jugak saya bawak untuk kawan2 dekat ofis. Alhamdulillah, feedback dapat sedap, kata mereka :) Happy sangat bila ada org puji gitu.  hehehee (kembang sikit)...

Ok lah, saya share aje gambar2 kat bawah ni.. selamat menjamu mata.. :) Kalau berminat, boleh inbox saya dekat fb cintapastry, ok. Thanks :)







Monday, 2 July 2012

Tempahan Buttercream Cuppies

Rasa yang mengantuk2 lepas buat fondant, nak kena buat buttercream  cuppies pulak, 50biji.
Alhamdulillah, rezeki tetap murah..:)


Theme color Soft Pink + Grey... meh saya sharekan gambar kat bawah ni. Kalau berminat, boleh order. Selamat menjamu selera :)


TQ kepada yang mengorder - sudah lupa namanya.. kecik je orangnyer, sangat sweet.







Sunday, 24 June 2012

Pavlova...So Sweet

Sambungan dari entry Choux Pastry - Creampuff with custard filling... :)
---------------
Ini pun rupanya mini pavlova. Kebetulan masa buat ni, kakak n abg sepupu mai umah, dapatla depa merasa.. Alhamdulillah, sedap katanya...Eh2, kak shida yang dapat free gift pun kata sedap tau.. siap tanya harga pavlova lagi berapa, nak order next time.. hehehee.. Kiranya 1st trial saya untuk pavvy ni jadikla,kan? Alhamdulillah...actually, saya pun suka.. cuma menda ni manis giler... agak bahaya bg mereka2 yang ada penyakit yang berkaitan dengan manis2 ni... (paham2 sudah) :P

Meh saya sharekan gambar2 nya.. selamat menjamu mata, tau. :P.. nak order, boleh saja ke fb saya, http://facebook.com/cintapastry2012,"like" dulu jgn lupa, lepas tu inbox :)

..





Choux Pastry - CreamPuff with Custard Filling

My first trial eva!!
----------
Story nya... bermula dengan saja suka2 nak try resepi ni.. saya pun search2 tenet, jumpa banyak sgt resepi kat luar sana tu..so, saya mix n match, mana satu yang saya rasa berkenan kat hati.. heheee <--- story macam la pakar sangat ubah2 resepi nih.. :P

Sebenarnya, walaupun jadual saya padat di office, datang office lewat pada orang, balik pun lagi lambat dari staff2 yang lain, tapi bila ada masa terluang, saya sangat suka untuk mencuba resepi2 baru. Saya ni orangnya xkretif langsung, xpandai memasak, tangan kejung, kata org tua2.. tapi bab2 baking ni, saya minat nak belajar...xtau la kenapa..pelik, kan? Tapi ada satu jer masalah besar bila nak try resepi ni.. saya xkesah sangat tentang pelaburan utk try resepi, cuma rasa sedih bila dah penat2 siapkan, xde sapa pulak nak tolong habiskan.. hehehee...sbb saya ni dari keluarga yang kecik, so si pemakan pun xramai mana. lama2 makan menda manis2 ni kan muak.. 

So, datang la idea yang mana, sebab nak tarik user untuk "like" fanpage saya, http://facebook.com/cintapastry2012 so saya create la status untuk bagi hadiah worth RM30 berupa creampuff + mini pavlova, dengan syarat, depa mesti invite  kawan2 utk like page saya, minima seorang kawan jer pun <--- pavlova, saya akan story pada next entry pulak, saja nak bagi banyak page.. hehhee. Tapi, alahai.. sambutan sangat2 suram, boleh di katakan, free gift saya xlaku la.. huhuhuuu.. hanya 3 orang je yang nak freegift ni... sob...sob....

ok, dah malas nak berleter, saya share gambar creampuff saya.. ohhhhh.. tapinya... keras ler.... camana nak lembutkan puff tu.. saya buat jadi keras.. help! help! Mungkin next trial boleh jadi lembut kot... <--- ayat menyedapkan hati sendiri...:P Jom tengok








Thanx pada kak shida, encik izham n encik khairul yer. sbb sudi terima gift ni. Maybe next time saya buat lagi freegift ni, tapi freegift lain pulak.. hehehee... TUNGGUUUUU.... :)

Monday, 11 June 2012

Promosi Bulan May & June

!Stick-On-Me Note!
Happy Parent's Month  + Happy Teacher's Day (May & June)
-------------------------------------------------------------

Macam biasa, ada hari bersejarah, adalah promosinya, kan? :)
So untuk entry kali ni, saya ada macam-macam promosi. Boleh view dekat bawah ni yer...
Di kesempatan ini juga, saya ucapkan selamat hari ibu, selamat hari bapa dan selamat hari guru buat semua insan2 yang bergelar ibu, bapa dan guru (semua skali lahhh, kan) termasuk kedua ibu bapa saya, ibu : Puan Noraidah Binti Nordin dan abah : Encik Muhamad Noor Bin Haji Shamsuddin xlupa juga buat guru2 SKBS, SMKAA, SMTG juga lecturer2 KPMIM. :) Ohh panjang nyer intro.. sekarang terus ke promosi nye :

Valid booking : until 30th June 2012. so booking la awal2 ye.. :)

1. Red Velvet Cuppies with cream cheese topping/buttercream topping - 25pcs
Promo Price = RM80 ONLY
Normal Price = RM95

2. Chocolate Moist - 25pcs
Promo Price = RM60 ONLY
Normal Price = RM72

3. Buttercream Cuppies  - 25pcs
Promo Price = RM40 ONLY
Normal Price =  RM49

4. Chocolate Bar
Promo Price : RM 1.20/pcs ONLY
Normal Price : RM 1.50/pcs 

5. Fancy Cookies
Promo Price : RM 1.20/pcs ONLY
Normal Price : RM 1.50/pcs

6. Red Velvet Cake 8" with cream cheese topping/buttercream topping
Promo Price : RM 80 ONLY
Normal Price : RM 100

7. Carrot Moist Cake 8" with buttercream topping
Promo Price : RM 80 ONLY
Normal Price : RM 100

8. Plain  Cheesecake 8" with cream cheese topping/buttercream topping
Promo Price : RM 70 only
Normal Price : RM 75

9. Apam Comel + Packing + Label Name
2 pcs/pack = Promo Price : RM 1.20 only
2pcs/pack = Normal Price : RM 1.50


Untuk order : http://facebook.com/cintapastry2012 atau sms saya : 013-9161884
-----------------------------------











Choc Moist 16 M Cup

Entri kali ni untuk choc moist. Tempahan dari Abg Zam dari Ampang. Abg Zam ni fren2 adik saya and peminat fanatik choc moist. Takot jugak masa terima tempahan dari dia. Sbb dia dah biasa dengan choc moist ni..Tapi Alhamdulillah, feedback dapat, memuaskan.

So saya share skit gambar2 nya yer.. Saya terlebih rajin, so saya snap dari mula2 kek tu dah masak, sbb terlupa nak snap masa sebelum masak.. hehehee.. Selamat membelek2 gambar yang sudah tersedia xboleh di belek ni.. hehe..











Thanx Abg Zam.

Wednesday, 6 June 2012

Free Giveaway :)

Assalamualaikum...
Special untuk rakan2 FB area Ampang or kawasan yang sama waktu dengannya:
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Invite kawan2 anda untuk like my page : http://facebook.com/cintapastry2012 dan jadi follower my blog : http://cintapastry.blogspot.com untuk received FREE 1 BOX berisi mini creampuff + mini pavlova, price worth RM30 pada bulan Jun ini.
Instruction :  

1. Hanya like/invite kawan2 untuk like my fb page atau jadi follower my blog
2. Inbox saya dengan details link follower blog atau acc fb yang like my page dan jangan lupa detail anda sekali :)
3. Satu ACC FB (yang invite kawan2/diri sendiri) hanya layak untuk satu FREE BOX sahaja. :)Hanya sah untuk pickup sahaja pada 15th June 2012, area Ampang (dekat rumah saya je tau).
Tawaran ini hanya sah sehingga 12malam 8/6/2012 (Jumaat).
FREE ni tau, saya xtipu. :)

Sunday, 20 May 2012

Choc Bar 100pcs - Personalized Wrapper

Happy Birthday Hannah
------------------

Entri kali ini untuk si comel Hannah. Ibunya order 100pcs Choc Bar untuk doorgift birthday party anak kesayangannya.
Filling Choc : Almond, Hazelnut & Black Raisin.

FYI, wrapper design ni mamanya yang design sendiri tau.. Saya cuma tolong customizekan ajer & tambah yang thanx tu, tapi terlupa pulak nak snap gambar design belakang.. Ohhhh!!!!

Saya share kan sikit gambar2 nye yer.. selamat menjamu mata!! :)

Berminat untuk order : http://facebook.com/cintapastry2012 @ http://www.facebook.com/ahbc2012






Thanx Ju.

Sunday, 13 May 2012

Tempahan Red Velvet 8" + Cuppies

Assalamualaikum...

Entri kali ini tentang RV pulak. Masa awal2 buat RV dulu, failed sbb xcukup bahan. Tapi lepas tu saya dapat tempahan, beranikan diri untuk mencuba.. dan akhirnya...Alhamdulillah...syukur sangat2.. feedback dapat : sangat sedap, cuma cream cheese frosting tu termanis skit. (next time saya kena kurangkan lagi sukatan gula dalam frosting ni, walaupun sebenarnya saya dah pun kurangkan..). Apapun, harap anda berpuas hati, ye..Saya share kan sikit gambar2 RV ni...

Berminat untuk order : http://facebook.com/cintapastry2012





Terima Kasih.

Thursday, 10 May 2012

Choc Moist Cupcake

Assalamualaikum..

Lamanya saya xupdate blog..
Bersawang sudah.. hehe.. Kali ni entri untuk Chocolate Moist Cupcake pulak. Saya guna coklat compound untuk buat ganache, bukan coklat masakan tau... sbb saya cari coklat masakan van houten (ehh macam ni ke eja nyer) xjumpa.... Pada yang xtau ganache tu apa, dia macam topping la.. topping coklat (ini bukan rujukan daripada kamus dewan bahasa tau, tapi rujukan pemahaman kamus saya sendiri) hehehe... Entri untuk Cik As dan Encik Khairul. Feedback dapat : choc moist sangat best, sedap n moist.. Alhamdulillah, lega dengar.

So saya share skit kat sini gambar2 nya.. dari process adunan sampai la jadi kek n siap topping.. hehe

Untuk order : http://facebook.com/cintapastry2012 atau sms : 013-9161884










Thanx Guys.